Monday, January 24, 2011
week 2 : FLAT PEKELILING
Perumahan Awam Tunku Abdul Rahman (TAR) atau lebih dikenali sebagai Flat Pekeliling yang terletak di Jalan Tun Razak berhampiran dengan bulatan Pahang. Keluasan kawasannya berukuran 14.96 hektar dan mempunyai 2,969 unit kediaman dan 40 unit rumah kedai. Ia dibina pada Januari 1969. Mempunyai 7 blok 17 tingkat dan 4 blok rumah kedai 4 tingkat. ok agak terlalu formal =). Jika dilihat dari segi reka bentuk banggunannya,memang nampak tidak menarik. Ia tidak mempunyai nilai estetika. Penekanan pada ciri-ciri keselesaan dan kesihatan tidak diambil kira. Anda boleh melihat sampah merata-rata semasa bangunan ini masih mempunyai penduduk diselitkan dengan udara yang tidak senang. Penghuni dikenakan bayaran sebayak RM94 seunit yang mempunyai sebuah bilik tetapi ia tidak sesuai kepada penghuni yang sudah berkeluarga. Banyak keburukan yang terdapat semasa berfungsinya banggunan ini tetapi secara kita tidak sedar ia telah banyak membantu keluarga yang kurang mampu untuk merasa kehidupan dikota. Jika anda mempunyai pengalaman semasa hidupnya banggunan ini, sudah pasti anda tahu betapa meriahnya banggunan ini. Dimana India,Cina dan Melayu masih bertegur sapa,berjiran dan kemeriahannya jelas boleh dilihat semasa perayaan-perayaan. Dimana didalam satu banggunan yang dianggap banyak mempunyai kekurangannya,para penduduknya berkongsi perayaan sesama mereka. Kanak-kanak riang berlari-lari dikaki lima tanpa mengira bangsa. Adakah anda masih boleh mencari kawasan perumahan yang mempunyai ciri-ciri yang ada di Flat Pekeliling?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Flat pekeliling sedang dikosongkan, menunggu masa untuk diruntuh?
ReplyDeleteFlat ini merupakan diantara flat terawal di KL, selain drpd flat Sulaiman Court (tapak SOGO sekarang)-memang mempunyai signifikasi seperti yang anda bincangkan-oleh itu ianya amat wajar didokumenkan sebelum diruntuhkan.
Bagaimana pun cara dokumentasi melalui fotografi mestilah dibuat dengan cara yang sebaiknya-selari dengan signifikasinya.
ok projek ini boleh diteruskan, sebeluh ianya diruntuhkan.Dlam bentuk fine art architecture photography..
thanks mr sabki =)
ReplyDeleteyou just giv me idea..
fulamak!!!! caya la...best subject wey...
ReplyDeletextakot ker shoot ctu???hehe
p sama2 lah =)
ReplyDelete