Sunday, January 30, 2011

week 3 : seniman bujan lapok



About Datuk Aziz Sattar

Full Name :          Abdul Azez Bin Satta
Place of Birth :     Surabaya, Indonesia
Race :                  Melayu
Language :           Bahasa Melayu
Career :               Pelakon, Pengarah, Penyanyi, Penulis
Skills :                 Berlakon, Menyanyi

When we talk about films long enough to know for sure you "movie Bujang Lapok" starring Seniman Tan Sri P.Ramlee, Pak Sudin dan Datuk Aziz Sattar.Their acting makes us laugh, and never tired of watching it.That the works produced by Seniman Tan Sri P.Ramlee our legend. These pictures were taken during "Perarakan Hari Wilayah" at Dataran Merdeka. Datuk Aziz Sattar joined the parade of  "Seniman Malaysia".












Monday, January 24, 2011

week 2 : FLAT PEKELILING





Perumahan Awam Tunku Abdul Rahman (TAR) atau lebih dikenali sebagai Flat Pekeliling yang terletak di Jalan Tun Razak berhampiran dengan bulatan Pahang. Keluasan kawasannya berukuran 14.96 hektar dan mempunyai 2,969 unit kediaman dan 40 unit rumah kedai. Ia dibina pada Januari 1969. Mempunyai 7 blok 17 tingkat dan 4 blok rumah kedai 4 tingkat. ok agak terlalu formal =). Jika dilihat dari segi reka bentuk banggunannya,memang nampak tidak menarik. Ia tidak mempunyai nilai estetika.  Penekanan pada ciri-ciri keselesaan dan kesihatan tidak diambil kira. Anda boleh melihat sampah merata-rata semasa bangunan ini masih mempunyai penduduk diselitkan dengan udara yang tidak senang. Penghuni dikenakan bayaran sebayak RM94 seunit yang mempunyai sebuah bilik tetapi ia tidak sesuai kepada penghuni yang sudah berkeluarga. Banyak keburukan yang terdapat semasa berfungsinya banggunan ini tetapi secara kita tidak sedar ia telah banyak membantu keluarga yang kurang mampu untuk merasa kehidupan dikota. Jika anda mempunyai pengalaman semasa hidupnya banggunan ini, sudah pasti anda tahu betapa meriahnya banggunan ini. Dimana India,Cina dan Melayu masih bertegur sapa,berjiran dan kemeriahannya jelas boleh dilihat semasa perayaan-perayaan. Dimana didalam satu banggunan yang dianggap banyak mempunyai kekurangannya,para penduduknya berkongsi perayaan sesama mereka. Kanak-kanak riang berlari-lari dikaki lima tanpa mengira bangsa. Adakah anda masih boleh mencari kawasan perumahan yang mempunyai ciri-ciri yang ada di Flat Pekeliling?

Monday, January 17, 2011

week 1 : usia

Subject matter pada imej ini adalah warga tua wanita dan lelaki. Imej ini dirakamkan pada waktu malam. Subject pertama dirakamkan di Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur ialah seorang wanita yang sedang meminta sedekah disebuah pusat hiburan dan subject kedua dirakamkan disebuah majlis perkhawinan melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang sedang berkugiran dimajlis perkhawinan tersebut. Kedua-dua imej ini menceritakan mengenai bagaimana warga tua mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.
Ini adalah penulisan pertama =)